Rabu, 4 Ogos 2010

                     SEJARAH PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MA'ARIFAT MALAYSIA

         Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia telah diasaskan oleh Yang Dipertuan Besar Panji Alam Dr.Azam Zulkifli,pada awal tahun 1990-an di Bentong,Pahang Darul Makmur.

        Seni silat ini merupakan gabungan 3 jenis aliran persilatan dari Pahang,Sumatera,Demak(Jawa Tengah),yang telah dipelajari oleh Yang Dipertuan Besar Panji Alam sewaktu zaman mudanya.Aliran 3 persilatan yang dipelajari Yang Dipertuan Besar Panji Alam ini merupakan 3 jenis seni silat tua di daerah masing-masing.Ilmu ini juga pernah dimiliki oleh Laksamana Hang Tuah,Dato' Bahaman,Mat Kilau dan pendekar-pendekar melayu zaman silam.

       Oleh kerana silat ini banyak menggunakan kaedah kerohanian dan tenaga nyawa,disamping konsep tawakal kepada ALLAH S.W.T yang sangat dititik beratkan oleh Yang Dipertuan Besar Panji Alam mendapat ilham untuk menamakan silat ini dengan nama "PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MA'ARIFAT MALAYSIA".

      Gabungan seni silat tua dari Pahang,Sumatera,Demak(Jawa Tengah),telah menghasilkan suatu aliran silat yang canggih,mendidik,mendisiplinkan murid,mendekatkan diri dengan ALLAH S.W.T serta unik.Pegangan akidah ahli perguruan ini tidak lari dari fahaman ahli sunnah waljamaah dan mentauhidkan ALLAH S.W.T.